STAR IPOH MERAIH ANUGERAH PERAK SEMPENA HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK 2016

25 Mei 2016 ;Tahniah diucapkan kepada Puan Wan Norliza kerana berjaya meraih Pingat Perak dalam Pertandingan Guru Inovatif Negeri Perak sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak.

13243659_1714629882129841_6772238451135431455_o

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

PASUKAN BAHAS STAR MEMERIAHKAN HKSBP KALI 43 2016

22-27 Mei 2016 : Pasukan bahas STAR telah turut serta dalam memeriahkan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Kali 43 di SM Sains Kubang Pasu. Walaupun pada tahun lepas pasukan bahas STAR telah dinobatkan sebagai Juara bagi ketegori bahas bahasa Melayu Piala Perdana Menteri namun, pentas bahas kali ini tidak memberi laluan mudah kepada kedua-dua pasukan bahas STAR.  Kedua-dua pasukan telah tewas di separuh akhir. Walau bagaimanapun, tahniah dan syabas kepada semua guru pengiring pasukan bahas STAR dan anak-anak muda yang tidak mudah patah semangat bagi mempertahankan Piala Perdana Menteri. Semoga pasukan Bahas STAR akan terus bangkit dan cemerlang di masa akan datang. Tahniah dan Syabas!

13221084_1140513399302103_2415358067260840351_n

851418146_58214

13237788_1142293199124123_5189522502642401283_n

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

STAR IPOH DINOBATKAN PENERIMA ANUGERAH KEPIMPINAN KOKURIKULUM DAN ANUGERAH KOKURIKULUM TERBILANG 2015

22-27 Mei 2016 : Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh 2016 yang bertempat di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah menjadi menobatkan Sekolah Tuanku Abdul Rahman , Ipoh sebagai pemenang Anugerah Kepimpinan Kokurikulum dan Anugerah Kokurikulum Terbilang 2015. Semoga penganugerahan ini akan membakar semangat kepada warga STAR untuk terus cemerlang bukan sahaja dari segi  kokurikulum tetapi juga dari segi sahsiah dan akademik.Syabas dan Tahniah!

851423470_62296

851419613_59403

851423114_58376

851423326_62164

Posted in Lain-lain | Leave a comment

STAR IPOH SERTAI GO GREEN STUDENT CONFERENCE PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

26 Mei 2016 : Kelab Alam Sekitar telah menghantar 15 orang pelajar ke pertandingan Go Green Student Conference Peringkat Kebangsaan 2016. GGSC ini dianjurkan oleh Sekolah Raja Perempuan yang menghimpunkan penyertaan dari beberapa negeri. Terdapat beberapa pertandingan yang dianjurkan seperi Go Green Public Speaking, Hands On Challenge, Video Making dsbnya. Pasukan STAR telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Best Practices Go Green In School. Tahniah diucapakan kepada para peserta dan guru pengiring, Cik Cho Lai Fuen.

851411212_60284

851416262_60014

851422793_59246

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

PROGRAM STREAM SHOWCASE TINGKATAN 1 SIRI 1/2016

IMG-20160527-WA0035 IMG-20160527-WA0037 IMG-20160527-WA0038 IMG-20160527-WA0039IMG-20160527-WA0040

 

26 MEI – PROGRAM STREAM (SCIENCE, TECHNOLOGY, ROBOTICS, ENGINEERING, ARTS & MATHEMATICS ) SHOWCASE TELAH DIADAKAN DI SURAU AN-NUR SEKOLAH MENENGAH SAINS REMBAU. SEMUA PELAJAR TINGKATAN SATU TERLIBAT DALAM PROGRAM INI. PEMBENTANGAN PELAJAR ADALAH MENGIKUT KUMPULAN MASING-MASING. TAJUK YANG DIBERIKAN IALAH PENYAKIT BAWAAN NYAMUK. SEMUA PELAJAR TELAH BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH  DALAM MEMASTIKAN PEMBENTANGAN DILAKUKAN DENGAN BAIK. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI.

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

MINGGU SAINS, INOVASI DAN REKA CIPTA

24-26 MEI – SEMESRA TELAH MENGADAKAN MINGGU SAINS, INOVASI DAN REKA CIPTA BERTEMPAT DI SEKOLAH MENENGAH SAINS REMBAU. PELBAGAI AKTIVITI YANG MENARIK TELAH DIADAKAN SEPERTI PERTANDINGAN KUIZ SAINS, PERTANDINGAN EXPLORACE, PERTANDINGAN ROKET AIR, PERTANDINGAN GALLERY WALK, PERTANDINGAN PUISI SAINS, PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SAINS DAN PERSEMBAHAN ‘SCIENCE SHOW’. OBJEKTIF MINGGU INI DIADAKAN IALAH UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR YANG KREATIF, BERDAYA SAING DAN BERINOVASI. TAHNIAH DAN SYABAS BUAT WARGA SEMESRA KERANA TELAH BERJAYA MENGANJURKAN MINGGU SAINS, INOVASI DAN REKA CIPTA DENGAN JAYANYA

IMG-20160527-WA0042[1] IMG-20160527-WA0044[1]

IMG-20160527-WA0029 IMG-20160527-WA0030  IMG-20160527-WA0031 IMG-20160527-WA0034

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL SEMESRA

IMG-20160525-WA0015[1]IMG-20160527-WA0033

24-26 MEI- SEMESRA TELAH MENGADAKAN MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL BERTEMPAT DI SM SAINS REMBAU DENGAN PENGLIBATAN DARI PELAJAR-PELAJAR SEMESRA. PELBAGAI PERTANDINGAN TELAH DIJALANKAN IAITU PERTANDINGAN , KITAR SEMULA, HASILKAN BEG DARI T-SHIRT, RUMAH KOTAK, FESYEN BAJU SURAT KHABAR, MEMASAK TANPA API, MENCIPTA IKLAN, TEKA BILANGAN GULA-GULA DAN TEKA BILANGAN BENANG, DEKORASI KEK DAN PERTANDINGAN BEG PONJOT. PERTANDINGAN YANG DIJALANKAN TELAH MENDAPAT PENYERTAAN YANG MEMBERANGSANGKAN DARI PELAJAR SEMESRA. TAHNIAH BUAT WARGA SEMESRA KERANA TELAH BERJAYA MENGANJURKAN MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL DENGAN JAYANYA.

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

HKSBP PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-43

22-27 MEI – SEMESRA TELAH MENGHANTAR DUA PASUKAN DEBAT IAITU PASUKAN DEBAT BM DAN PASUKAN DEBAT BI DALAM HKSBP KALI KE-43 INI. PASUKAN BM TELAH BERJAYA MENJADI JUARA KUMPULAN DAN BERJAYA KE PERINGKAT SETERUSNYA IAITU PERINGKAT SUKU AKHIR. WALAU BAGAIMANAPUN, PERJUANGAN PASUKAN SEMESRA TERHENTI DI PERINGKAT SUKU AKHIR SAHAJA KERANA TEWAS DENGAN SMS BANTING. PASUKAN DEBAT BAHASA INGGERIS MENDAPAT NAIB JOHAN KUMPULAN UNTUK PUSINGAN PERTAMADAN TIDAK DAPAT MENERUSKAN PERJUANGAN KE PERINGKAT SETERUSNYA. PARA PELAJAR TELAH BERJAYA MENDAPAT PENGALAMAN YANG BERHARGA. TAHNIAH UNTUK GURU-GURU PEMBIMBING DAN PELAJAR YANG TELAH MEMBERIKAN KOMITMEN YANG SEPENUHNYA!IMG-20160527-WA0023 IMG-20160527-WA0024 IMG-20160527-WA0026 IMG-20160527-WA0027 IMG-20160527-WA0028

 

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

SEMESRA SERTAI KEJOHANAN BOLING TENPIN MAJLIS SUKAN DAERAH REMBAU

IMG-20160527-WA0021 IMG-20160527-WA0020 IMG-20160527-WA0019 IMG-20160527-WA0018

26 MEI – SEMESRA TELAH MENGHANTAR 28 PELAJAR UNTUK  MENYERTAI KEJOHANAN TENPIN BOLING MSSD REMBAU 2016 BERTEMPAT DI AMPANG BOWL, SEREMBAN PRIMA. PASUKAN LELAKI BAWAH 15 TAHUN TELAH BERJAYA MEMENANGI NAIB JOHAN LELAKI  BAWAH 15 TAHUN. PASUKAN LELAKI BAWAH 18 TAHUN TELAH BERJAYA MENJADI JOHAN UNTUK KATEGORI LELAKI BAWAH 18 TAHUN BEGITU JUGA DENGAN PASUKAN BAWAH 18 TAHUN TELAH BERJAYA MERANGKUL JOHAN. PASUKAN PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN TELAH MENCATATKAN PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN DENGAN MERANGKUL JOHAN UNTUK KATEGORI BERKUMPULAN BAWAH 15 TAHUN. TAHNIAH DAN SYABAS UNTUK PASUKAN SEMESRA! SEMOGA KEJAYAAN INI MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT PADA MASA AKAN DATANG!

IMG-20160527-WA0006

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

SEMESRA SERTAI KEJOHANAN CATUR KEBANGSAAN ANJURAN KUSESS

IMG-20160527-WA0007 IMG-20160527-WA0008 IMG-20160527-WA0009 IMG-20160527-WA0012

21-22 MEI 2016 : SEMESRA TELAH MENGHANTAR 12 WAKIL UNTUK  ACARA INDIVIDU TERBUKA BAWAH 18 TAHUN DAN 3 KUMPULAN UNTUK  ACARA BERPASUKAN BAWAH 18 TAHUN . SETIAP KUMPULAN TELAH DIWAKILI OLEH EMPAT ORANG PELAJAR. MUHAMMAD HAZIQ BIN ZULKIFLI TELAH BERJAYA MENDAPAT ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BAWAH RATING 1200 DAN SALAH SATU KUMPULAN DARI SEMESRA TELAH BERJAYA MERANGKUL ANUGERAH KUMPULAN TERBAIK BAWAH RATING 1200. PERTANDINGAN INI TELAH BERJAYA MEMBERIKAN PENGALAMAN YANG BERHARGA KEPADA PARA PELAJAR UNTUK DIMANFAATKAN PADA MASA AKAN DATANG. TAHNIAH PASUKAN SEMESRA!

 

 

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment