BAHAS PIALA PERDANA MENTERI (PPM)

SBP 446 1 2 3 4 5 7 8 11825114_699221923511922_7000000845889226525_n Allliiii DSC_0195 DSCN0888 FW409921_KL13_020817_BAHAS-scr juara-bahas-piala-perdana-menteri-2012 maxresdefault OLYMPUS DIGITAL CAMERA P_20150525_220421 pe_02.1 PPM2 PPM 2011 SBP 066 SBP 108 SBP 309 SBP 332

Piala Pusingan Bahas Bahasa Melayu

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang menjadi acara tahunan dalam Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh telah bermula semenjak tahun 1974 lagi. Piala Perdana Menteri Bahasa Melayu yang merupakan Piala Pusingan pertandingan ini telah disumbangkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua.

Reka bentuk piala ini telah dihasilkan oleh Y.B. Datuk Baharuddin bin Kassim arkitek dari Jurubina Bertiga, Petaling Jaya, Selangor, bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang juga bertanggungjawab dalam mereka bentuk Masjid Negara.

Pada bahagian atas piala ini terdapat 8 bulan sabit yang melambangkan lidah-lidah dan pecahan bulan-bulan sabit yang bercantum di hujung, melambangkan mulut–mulut anggota pemidato. Reka bentuk bulan melambangkan bulatan dunia dan diertikan luasnya pengetahuan yang perlu dikuasai oleh seseorang yang mengambil bahagian dalam pertandingan bahas.

Piala Pusingan Bahas Bahasa Inggeris

Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri yang pada awalnya dijalankan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah diadakan mulai tahun 1974. Walau bagaimanapun piala pusingan hanya disediakan untuk pemenang bahas Bahasa Melayu.

Apabila kedudukan dan penggunaan Bahasa Melayu telah bertapak dengan kukuh dalam sistem pendidikan negara, kerajaan merasakan penekanan terhadap Bahasa Inggeris perlu diberi perhatian.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan pada masa itu mengemukakan permohonan ke Jabatan Perdana Menteri bagi tujuan mendapatkan sumbangan. Y.A.B Dato’ Sri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada waktu itu bersetuju menyumbangkan sebuah piala pusingan yang sama dari segi reka bentuk dan saiz. Mulai tahun 1991, sebuah piala pusingan disediakan untuk pemenang Bahas Bahasa Inggeris.

Comments are closed.