KEJOHANAN PING PONG MSSS SELANGOR

CYBERJAYA 20 Februari 2012 – Tiga orang murid Sekolah Seri Puteri Cyberjaya terpilih mewakili MSSD Sepang ke Kejohanan Ping Pong, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor (MSSSS) yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 15-17 Feb yang lalu. Murid yang berkenaan ialah Nur Azalia Abdul Onny (4R), Laili Izzati Nor Khairi (1R) dan Asfalela Asyiqin Arisa (3E).

Guru Pengiring yang mengiringi mereka ialah Ustazah Wan Norhana Bt Nordin. Cabaran yang sengit daripada lawan masing-masing memaksa peserta SSP untuk berpuas hati sekadar mendapat markah penyertaan sahaja. Pencapaian terbaik ialah Nur Azalia Abdul Onny yang melayakkan diri ke peringkat akhir. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga semangat kesukanan yang tinggi akan diteruskan untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang pada masa depan.

This entry was posted in Sukan & Permainan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>