SEMESRA Johan dan Naib Johan Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Sembilan 2012

Tahniah diucapkan kepada Pasukan SEMESRA B yang telah muncul Johan dalam Pertandingan Robotik Sekolah-sekolah Menengah Negeri Sembilan baru-baru ini.

Pertandingan ini telah diadakan di SMV Port Dickson pada 27 Jun yang lalu dimana sebanyak 32 buah sekolah mengambil bahagian. SEMESRA telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai Acara Litar Kategori Sekolah Menengah Rendah.

Alhamdulillah, kedua-dua pasukan telah berjaya membolot tempat pertama dan kedua dalam pertandingan ini.

Johan Pertandingan SEMESRA B

Naib Johan Pertandingan SEMESRA A

Kedua-dua pasukan telah menerima medal, piala kristal dan sijil kecemerlangan robotik. Hadiah telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Utama Tan Sri Mohd Isa binti Dato’ Abdul Samad, Pengerusi FELDA dan juga ADUN Batang Pinang.

Dengan kemenangan ini, SEMESRA akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan pada 25-29 September ini di Johor Bahru.

Didokan agar pasukan SEMESRA akan terus berjaya di peringkat kebangsaan.

This entry was posted in Lain-lain and tagged , . Bookmark the permalink.

Comments are closed.