SMESH – PERKHEMAHAN PATRIOTIK PASUKAN BERUNIFORM

Pada 21 – 23 September 2012, Unit Kokurikulum SM Sains Sabah (SMESH) dengan kerjasama daripada Panitia Sejarah SMESH telah berjaya melaksanakan perkhemahan patriotik pasukan beruniform melibatkan kesemua pasukan yang berdaftar di sini seperti Kadet Remaja Sekolah, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Kor Kadet Polis, Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam dan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan dan integrasi telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini antaranya ialah kembara malam, merentas halangan, pertandingan membina gajet, pertandingan memasak, pertandingan khemah patriotik, malam kebudayaan dan sebagainya.

Sedang berusaha menghidupkan api untuk memasak.

 

Seorang peserta sedang melalui salah satu daripada halangan dalam aktiviti merentas halangan.

 

Para peserta merentasi tasik SMESH sebagai salah satu cabaran keberanian di dalam air.

 

This entry was posted in Pasukan Pakaian Seragam. Bookmark the permalink.

Comments are closed.