SSP CYBERJAYA MENYERTAI SESERI I-BowlS

 

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya menyertai SESERI I-BowlS (International Bowling and Public Speaking Competetion) yang telah berlangsung di SMS Seri Puteri, Kuala Lumpur pada 19-22 September 2012. Acara-acara yang dipertandingkan adalah Boling, Pidato dan Public Speaking. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya telah menghantar wakil untuk 2 acara – Boling dan Public Speaking.

Sekolah Seri Puteri telah menghantar 1 pasukan boling tenpin yang terdiri daripada Nur Afiani Atiqah binti Mohd Nizam, Nur Iman Hazwani binti Ahmad Husni, Nur Liyana Syairah binti Rosli dan Puteri Nur Aina Sofiah binti Anuar untuk menyertai Pertandingan I-Bowls  SESERI yang dianjurkan oleh Sek. Sains Seri Puteri. Pertandingan ini diadakan di  Cosmic Bowls Mid Valley Megamall dengan disertai juga oleh 3 negara luar iaitu Thailand, Filipina dan Indonesia.

Pasukan Boling berjaya merangkul tempat ke-3 dengan jatuhan pin sebanyak 1404 manakala peserta Public Speaking mendapat tempat kedua. Peserta “Public Speaking” ialah Alya Athira Rafick Kham (4P). Tetamu Kehormat untuk acara penutupan ialah Puan Faridah bt. Yang Razali, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pengurusan & Perhubungan SBT.

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.