Program Santai Pantai Ambang PMR 2012

LABUAN – Pada 29 September 2012 Unit Sukan & Kokurikulum telah menganjurkan program khusus untuk calon PMR 2012 sebelum menempuh peperiksaan yang sebenar. Program ini bertujuan untuk menghilangkan tekanan di kalangan calon PMR 2012 berekreasi bersama guru-guru dan ibu bapa. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti ceramah santai oleh ibu bapa murid, perlumbaan explorasi minda, aktiviti team buildingĀ dan berkelah.

Diharap dengan adanya program ini sedikit sebanyak dapat memberikan suntikan semangat dan motivasi murid untuk menduduki peperiksaan PMR yang bakal menjelang.

This entry was posted in Lain-lain. Bookmark the permalink.

Comments are closed.