STAR IPOH JUARAI KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN DI MANJUNG

Kejohanan Hoki Terbuka Lelaki Bawah 14 Tahun merebut Piala Yang Berhormat Datuk Shahrul Zaman Yahya, Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak telah diadakan pada 18 hingga 19 Mei 2015 bertempat di Stadium Hoki Majlis Perbandaran Manjung, Perak. Kejohanan selama dua hari ini telah mengumpulakan 24 pasukan dari seluruh negeri Perak dan pasukan jemputan dari Melaka.  STAR Ipoh telah menghantar dua buah pasukan dalam kejohanan tersebut. Anatara Sekolah Berasrama Penuh di Perak yang turut mengambil bahagian ialah MCKK dan SERATAS.

Alhamdulilah, pengenjuran edisi ke-2 tahun ini berjalan dengan lancar. STAR telah muncul juara apabila menewaskan Hoki Parit Buntar dalam perlawanan akhir. Kejayaan ini melayakkan STAR Ipoh membawa pulang piala pusingan, medal, sijil penyertaan dan wang tunai sebanyak RM 500. Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan :

JOHAN : STAR IPOH A

NAIB JOHAN : HOKI PARIT BUNTAR

KE-3 : DOL SAID, MELAKA

KE-4 : SAGORIAN

Pemain terbaik Kejohanan : Muhammad Syahmi Shahir bin Suhaimi (STAR IPOH A)

1

3

 

This entry was posted in Sukan & Permainan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.