KEJOHANAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI SEMBILAN ( MSSNS ) 2015

catur 2015catur2015Pada 21 hingga 23 April 2015 telah diadakan kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan ( MSSNS ) bertempat di Sekolah Menengah Sains Rembau.
Seramai 5 orang peserta dari InteJ telah terpilih menyertai kejohanan tersebut.

Wakil dari InteJ Siti Najwa bte Mohd Faizan telah berjaya menjadi Naib Johan individu P15 serta Naib Johan berpasukan P15. Siti Najwa telah terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang.

Manakala wakil InteJ P18 berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori berpasukan.

Nama-nama pelajar tersebut ialah :

1. Nur Aimi bt Mohd Jamsari
2. Siti Nurismahani bt Razali
3. Kasih Izzati bte Zuradi

Dilaporkan oleh,

Puan Hamnah Mohd Sidek
Pengurus Pasukan Catur InteJ 2015

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.