INTEJ: HARI KEBUDAYAAN BAHASA JEPUN 2015

Pada 10-12 April 2015, INTEJ turut sama menyertai Hari Kebudayaan Bahasa Jepun Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia Ke-10 Tahun 2015. Pada tahun ini, giliran Sekolah Menengah Sains Tapah menjadi tuan rumah bagi majlis yang penuh gilang gemilang ini.

Aktiviti-aktiviti yang disediakan seperti “Let Speak Japanese” Explorace, Pertandingan Layang-layang, Rajio Taisho dan Malam Kebudayaan. Kontijen dari INTEJ amat teruja dengan persembahan yang disediakan pada malam kebudayaan dan kesungguhan pihak tuan rumah mengelolakan Hari Kebudayaan ini. Para peserta turut berpeluang mengenakan kimono dan bergambar berlatar belakangkan keindahan pemandangan seperti di Jepun.

Tahniah kepada para peserta dan pihak penganjur!

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.