INTEJ: HARI KEBUDAYAAN BAHASA PERANCIS 2015

Bonjour!

Pada 10 hingga 12 April 2015, 8 orang peserta dari INTEJ telah dipilih untuk menyertai Hari Kebudayaan Bahasa Perancis yang diadakan di SEPINTAR. Program yang diadakan setiap 2 tahun sekali ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menerokai kebudayaan Bahasa Perancis dan memperkasakan bahasa negara “Hexagon” ini melalui aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan.

Antara aktiviti yang dipertandingakan termasuklah Pertandingan Pétanque, Pertandingan
Scrabble, “Je suis le chef”, “Maître de conjugaison”, “Chasse Au Trésor” dan pelbagai lagi.
20150412_121146[1]

Alhamdulillah, kontijen INTEJ memenangi tempat pertama dalam dua pertandingan yang disertai. Berikut merupakan senarai nama para pemenang:

Johan berkumpulan Chasse Au Tresor: Harith Akhtar B. Azmi

Johan berkumpulan Je suis le chef: Nurul Shafiqah Bt. Mohd Nazli

Semoga nama INTEJ akan terus bersinar untuk Hari Kebudayaan Bahasa Perancis di SBPI Gopeng pada 2017 nanti.

Merci beaucoup et au revoir!

 

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.