SBPI Jempol Di Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis Daerah Jempol 2015

KEM PLKN DE BANA, LUI BARAT, JEMPOL : 18-22 APRIL 2015

Perkhemahan Tahunan Kor Kadet Polis Daerah Jempol ini telah diadakan pada 18-22 April 2015, bertempat di Kem PLKN De Bana, Jempol, N.Sembilan. Semua sekolah di daerah Jempol telah menyertai perkhemahan tersebut. Perasmian penutup perkhemahan ini oleh Supt.Hj. Hamzah b Hj.Alias, Ketua Polis Daerah Jempol beserta Puan Hjh Rodiah bt Mohd Jan, Pegawai Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu.

SBPI Jempol telah menghantar 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan yang mewakili pasukan badan beruniform Kadet Polis sekolah ke perkhemahan tersebut. Pasukan ini diiringi oleh seorang guru pengiring iaitu En.Mohd Hafiz B. Mustafa. Pelbagai pertandingan yang telah disertai, dan keputusan SBPI Jempol adalah seperti berikut:

Johan – Pandu Arah/‘Orientering’ (Pasukan Perempuan),   Naib Johan - Jalan Lasak  (Pasukan Lelaki),   Tempat ke-3 Merentas Halangan  (Pasukan Lelaki),

Tempat ke-3 Platun Terbaik Berkumpulan(Lelaki)

Tahniah kepada peserta-peserta dan guru yang terlibat.

11158971_620231014779707_10800869_o11167478_620230858113056_1601126714_o11171431_620230901446385_411345829_o11194644_620209794781829_1059350399_o11171899_620215271447948_1023088037_o11144803_621558367980305_1650946065_o11194866_621410951328380_1778169260_o11163540_622151021254373_997762938_o 11181466_622150981254377_508629329_o 11179751_622150954587713_1011291409_o

This entry was posted in Pasukan Pakaian Seragam. Bookmark the permalink.

Comments are closed.