SMAP LABU DI HARI KEBUDAYAAN BAHASA PERANCIS KE 8 2015

RAWANG SELANGOR : 10 April – 12 April 2015

Hari Kebudayaan Bahasa Perancis, Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan, Peringkat Kebangsaan Kali Ke 8 2015 telah diadakan selama 3 hari iaitu dari 10hb April sehingga 12 April 2015 yang lalu.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor telah dipilih menjadi tuan rumah pada tahun ini. Semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Perancis telah menghantar pasukan masing-masing. Pelajar-pelajar telah dibahagi-bahagikan kepada kumpulan-kumpulan tidak mengikut sekolah.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan dijalan dari hari Jumaat hinggalah ke hari Ahad. Di antara pertandingan yang diadakan adalah seperti : ‘Je sui le chef”, Chasse au tresor’, ‘Dictionnaire Thematique’, ‘Jeu concour’ Visite informative’, ‘Maitre de Conjugaison’, ‘Virelangue’. ‘Petanque’, Scrabble en Francais’, ‘Objet dans la classe’ dan ‘Rawang screen cinema’

SM Agama Persekutuan Labu telah menghantar 8 orang peserta, 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan dengan diiringi oleh seorang guru Bahasa Perancis dan dua orang guru praktikum Bahasa Perancis. 2 orang peserta SMAP Labu dan kumpulan mereka telah menjadi naib johan dalam 2 pertandingan iaitu; ‘Dictionnaire Thematique’ dan ‘Je suis le chef’. Sekalung tahniah kepada pasukan SMAP Labu.

Pasukan HKBP SMAP Labu

Pasukan HKBP SMAP Labu

 

Persembahan SMAPL di Majlis Penutupan HKBP 2015

Persembahan SMAPL di Majlis Penutupan HKBP 2015

Peserta SMAPL dalam Kumupulan 'Je Suis le Chef'

Peserta SMAPL dalam Kumupulan ‘Je Suis le Chef’

Pertandingan Permainan Petanque

Pertandingan Permainan Petanque

 

 

This entry was posted in Lain-lain. Bookmark the permalink.

Comments are closed.