KEJOHANAN RAGBI ANTARABANGSA KLS 10’s 2015

BUKIT KIARA, 7- 8 Mac 2015 – Pasukan ragbi INTEJ bawah 14 dan 18 tahun telah menyertai Kejohanan Ragbi Antarabangsa KLS 10′s 2015. Sebanyak 156 pasukan daripada seluruh Malaysia, Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Filipina telah menyertai edisi kejohanan pada kali ini. Pasukan ragbi INTEJ bawah 14 turun telah beraksi di bawah prestasi yang sebenar dan hanya mampu meraih tempat ke 14 daripada 16 pasukan yang bertanding. Pada perlawanan peringkat kumpulan, pasukan bawah 14 tahun hanya menang sekali daripada 3 perlawanan dan membolehkan layak ke pusingan suku akhir Saucer. Tewas kepada SDAR, Seremban menyebabkan pasukan bawah 14 turun bermain di perlawanan penentuan ranking ke 13 dan 14 menentang pasukan Junior Volcanoes daripada Filipina.  Manakala pasukan bawah 18 menjadi naib johan kumpulan apabila hanya kalah sekali kepada pasukan SEMSIRA, Perlis. Mara ke peringkat suku akhir cup, pasukan  bawah 18 tahun terpaksa berhadapan dengan pasukan SMSS. Pasukan Intej bawah 18 tahun telah berjaya mengejutkan pasukan SMSS dengan berjaya mengatasi mereka dengan skor 10-0. Di perlawanan separuh akhir kategori cup, Intej terpaksa akur dengan kekuatan pasukan Sabah Rugby Academy apabila tewas mudah dengan skor 27-5. Malang terus menimpa pasukan Intej apabila tewas pula ditangan pasukan Cobra di perlawanan akhir Plate untuk menentukan ranking tempat ketiga dan keempat. 20150307_141239 20150307_141323 20150308_110728 20150308_151905

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.