KEJOHANAN RAGBI SBP 10′s 2015

SHAH ALAM, 25 HINGGA 26 APRIL 2015- Pasukan ragbi InteJ telah menghantar pasukan terbaik bawah 17 tahun untuk menyertai kejohanan ragbi SBP 10’s peringkat kebangsaan pada tahun ini. Pada peringkat kumpulan pasukan Intej telah menunjukkan prestasi yang baik di mana mereka hanya tewas sekali iaitu 0-7 kepada pasukan SM Sains Selangor. Menduduki tangga kedua kumpulan D telah membuatkan Intej di undi untuk menentang Johan daripada kumpuan A iaitu STAR, Ipoh di perlawan peringkat kedua penentuan kategori Cup/Plate. Pasukan STAR ternyata pasukan yang lebih mantap apabila menewaskan pasukan Intej 24-0. Pada peringkat suku akhir kategori Plate, pasukan Intej telah memenangi perlawanan menentang SMS Faris Petra, Kelantan 17-0. Perlawanan yang seimbang dan sengit apabila menentang pasukan INTEK, Kuantan, telah menyebabkan perlawanan di heret ke masa tambahan secara “sudden death”. Syafiq Mustakim telah memastikan Intej mara ke perlawanan akhir apabila membuat satu try yang cantik di bahagian penjuru padang. Pada perlawanan akhir menentang pasukan MTD, kedua-dua pasukan ternyata keletihan setelah mengharungi kesemua perlawanan selama 2 hari di padang yang becak akibat cuaca yang tidak baik. Rezeki menyebelahi Intej apabila bangkit setelah ketinggalan 0-5 di babak awal perlawanan dengan memenangi perlawanan tersebut  15-5 apabila wisel penamat di bunyikan oleh pengadil. Ini merupakan pencapaian terbaik Intej di pentas Kejohanan SBP’s peringkat kebangsaan dengan memenangi Johan bagi Kategori Plate yang secara tidak langsung berada di ranking ke 9 daripada 31 pasukan yang bertanding di divisyen 1. Semoga dengan peningkatan ini, pasukan Intej akan lebih mantap di kejohanan ini pada tahun hadapan.20150426_151525 20150426_151633 20150426_164346 20150426_165436

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.