KEJOHANAN RAGBI SMSS 7′s 2015

KUALA LUMPUR, 1 HINGGA 3 MEI 2015- Pasukan ragbi InteJ telah menghantar hanya satu pasukan iaitu pasukan bawah 14 tahun untuk menyertai kejohanan SMSS 7’s peringkat kebangsaan edisi ke 23 pada tahun ini. Pada peringkat kumpulan pasukan bawah 14 telah menunjukkan prestasi yang baik di mana mereka telah memenangi kesemua perlawanan dan berjaya menduduki ranking ke-2 daripada 16 pasukan yang bertanding. Format pertandingan berdasarkan sistem ranking telah menemukan pasukan Intej dengan pasukan yang menduduki ranking yang ke-7 di pusingan kedua peringkat Cup/Plate iaitu pasukan daripada STJ. Bermula dengan baik dengan mendahului perlawanan, pasukan Intej seolah-olah hilang fokus dan kepenatan apabila tewas setelah pasukan STJ bangkit pada babak-babak akhir perlawanan. Bermain di peringkat Plate, pasukan Intej perlu menentang pasukan dari KL Saracens. Perlawanan yang seimbang dan sengit telah membuatkan perlawanan di heret ke masa tambahan “sudden death”. Sekali lagi pasukan Intej hilang fokus di minit akhir masa tambahan apabila melakukan kesilapan sehingga membuatkan pasukan KL Saracens berjaya membuat jaringan. Semoga dengan kekalahan ini, pasukan Intej bawah 14 akan bangkit meningkatkan prestasi di kejohanan-kejohanan yang akan datang.20150502_171816 20150502_171825

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.