KEJOHANAN RAGBI VI 10’s 2015

KUALA LUMPUR, 11 HINGGA 12 APRIL 2015- Pasukan ragbi INTEJ telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan bawah 17 tahun yang hanya dibarisi oleh para pemain tingkatan 2, 3 dan 4 dan juga pasukan bawah 15 tahun. Penyertaan di kejohanan ini ialah sebagai daripada persediaan pasukan untuk penyertaan di kejohanan yang lebih besar iaitu Kejohanan Ragbi SBP 10’s peringkat kebangsaan bawah 17 tahun dan juga kelayakan ke Kejohanan Ragbi MSSM-Milo peringkat kebangsaan bawah 15 tahun 2015. Pasukan bawah 15 diundi di dalam kumpulan yang agak sengit bersama pasukan SAS dan juga SEMASHUR. Pada peringkat kumpulan, INTEJ bawah 15 tahun bermain di bawah prestasi sebenar apabila hanya menduduki tangga ketiga kumpulan setelah kalah 2 perlawanan. Namun mereka kembali bangkit di pusingan kedua dan impian untuk mara ke perlawanan akhir kategori cup musnah apabila tewas di tangan pasukan tuan rumah. Pasukan INTEJ bawah 15 tahun hanya memperoleh tempat ketiga iaitu Johan kategori PLATE apabila menewaskan pasukan SDAR di perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Bagi pasukan bawah 17 tahun pula, pasukan INTEJ ternyata di bawah keupayaan sebenar apabila bukan sahaja kekurangan pemain di hari pertama, malah semua pemain yang bertanding di bawah kategori bawah 17 tahun ini ialah pelajar tingkatan 2, 3 dan 4 sahaja. Menang sekali di peringkat kumpulan dan kalah di perlawanan pertama pusingan kedua telah menyebabkan pasukan INTEJ bermain di kategori bowl. 4 orang pemain yang baru tiba pada hari kedua kejohanan ternyata banyak membawa impak kepada corak permainan pasukan apabila berjaya memperoleh Johan bagi kategori Bowl setelah menewaskan pasukan SMK King Edward, Taiping. Semoga pasukan ragbi INTEJ akan lebih mantap di kejohanan-kejohanan yang bakal disertai pada masa akan datang.NRA6001-RAGBI-VI-01 NRA6001-RAGBI-VI-02 NRA6001-RAGBI-VI-03

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.