PERTANDINGAN SAHIBBA DAN PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2015

Para peserta sahibba sekolah menengah

Para peserta sahibba sekolah menengah

 

 

Sahibba peringkat akhir

Sahibba peringkat akhir

 

Johan sahibba dari INTEJ

Johan sahibba dari INTEJ

 

Johan deklamasi sajak dari INTEJ

Johan deklamasi sajak dari INTEJ

Persembahan daripada serta deklamasi sajak

Persembahan daripada serta deklamasi sajak

Pada 11 Mei 2015 yang lalu, bertempat di Dewan Bestari SMK Jelai Felda telah diadakan Pertandingan Sahibba dan Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan tahun 2015.

Seramai tiga orang peserta dari SBP Integrasi Jempol telah terpilih bagi mewakili daerah Jempol dalam pertandingan tersebut iaitu Muhammad Aizat bin Mohd Zawawi (kategori Deklamasi Sajak) dan Siti Mawaddah binti Mustapha serta Muhammad Syazwan bin Muhamad Sofian (kategori Sahibba Sekolah Menengah).

Muhammad Aizat bin Mohd Zawawi telah diumumkan sebagai johan dalam pertandingan deklamasi sajak manakala Siti Mawaddah binti Mustapha juga menjadi johan dalam pertandingan sahibba. Kedua-dua mereka telah menerima hadiah, sijil dan wang tunai berjumlah RM150.00 seterusnya layak mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 15 Jun 2015 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seorang lagi peserta sahibba iaitu Muhammad Syazwan hanya mendapat sijil penyertaan.

Tahniah diucapkan kepada para peserta. Semoga mereka berjaya mengharumkan nama Negeri Sembilan khususnya nama INTEJ. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan buat mereka.

Disediakan oleh,

(SUHANA BINTI PAKHRURRAZI)

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.