PERSEMBAHAN BAGI PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT AKHIR KATEGORI MENENGAH ATAS SEMPENA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK XXXV

4 MEI 2015 – Seramai 56 ahli pasukan Star Wind Orchestra dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman telah dijemput untuk mengadakan persembahan semperna Pertandingan Pidato Peringkat Akhir kategori menengah atas sempena pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV oleh pihak istana. Pasukan ini telah digabungkan bersama pasukan koir dari SMK Tarsician Convent, Ipoh untuk mengiringi lagu Perak. Sebelum persembahan berlangsung, kedua-dua pasukan ini telah mengadakan latihan bersama-sama di Dewan Besar STAR. Pasukan pancaragam STAR telah membawakan dua buah lagu iaitu ‘Rock n Roll Explosion’ dan ‘Widuri’ sebagai persembahan pembukaan. Pasukan ini turut memainkan lagu kebesaran negeri Perak bersama pasukan koir tersebut.

 

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.