INTEJ: Pertandingan Karaoke Bahasa Perancis dan Pertandingan Melukis Poster Eiffel Tower Sempena Bulan Bahasa 2016

Bonjour et assalamualaikum.

Sempena Bulan Bahasa INTEJ 2016 yang diadakan sepanjang bulan April ini, Panitia Bahasa Perancis mengajurkan Pertandingan Karaoke dalam Bahasa Perancis dan Pertandingan Melukis Poster Eiffel Tower.

Bagi pertandingan karaoke yang dijalankan pada 13 mac 2016, sambutan yang diberikan cukup menggalakkan di samping dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang nyanyian. Pilihan lagu-lagu Bahasa Perancis yang digunakan sepanjang pertandingan juga dapat membantu pelajar meningkatkan tahap sebutan dalam bahasa ini dengan lebih tepat dan yakin.

20160413_150613 20160413_145759

 

Pada 20 Mac 2016 pula, telah berlangsung pula Pertandingan Melukis Poster Eiffel Tower. Di sinilah para pelajar INTEJ menunjukkan bakat Pablo Picassonya dalam menghasilkan karya seni yang boleh dibanggakan.

20160420_151245 20160420_163447

Tahniah kepada semua pemenang dan semoga lebih sukses di masa akan datang!

 

 

Laporan disediakan oleh,

Fairuz Bt. Azman

Ketua Panitia Bahasa Perancis

SBPI Jempol

Merci et au revoir!

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.