STAR IPOH SERTAI INTEK OPEN 2016

23-24 April 2016:  Dua peserta dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman telah menyertai ‘ 8th Annual INTEK Golf Open National Level ‘ yang dianjurkan oleh SBP Integrasi Kuantan. Pertandingan tersebut diadakan di Kelab Rekreasi Tentera Udara Kuantan. Walaupun bermain dalam keadaan angin yang kuat dan padang yang agak keras serta kering, pemain STAR tetap mendapat tempat dalam kebelasan utama dari 72 pemain yang turut serta dalam pertandingan ini. Saudara Muhammad Aminuddin Bin Nordin berjaya beroleh tempat ketiga serta membawa pulang pingat, sijil dan wang tunai manakala saudara Muhammad Hazim Bin Rosman berada ditempat ke sebelas dari keseluruhan peserta. Tahniah di ucapkan kepada pemain dan syabas diucapkan kepada INTEK selaku penganjur kejohanan.

g2

g1

G4

G5

G3

This entry was posted in Sukan & Permainan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.