Hari Kebudayaan Bahasa Jerman Kali Ke-14

22-24 April : Sekolah Menengah Sains Rembau telah mejadi tuan rumah untuk Hari Kebudayaan Bahasa Jerman kali ke-14. Program ini telah disertai oleh 29 buah sekolah . Setiap sekolah diwakili oleh 10 orang peserta dan seorang guru pengiring. Tema yang telah dipilih pada kali ini ialah Sprache ist Kultur atau dalam Bahasa Melayunya ialah “Bahasa itu Budaya”.

Antara rasional pelaksanaan Hari Kebudayaan Bahasa Jerman ini ialah untuk melahirkan insan yang berketrampilan, memiliki kecemerlangan ilmu dan berdaya saing. Selain itu, program ini juga dilaksanakan untuk meningkatkan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Jerman serta membuka minda dan sanubari mereka kepada dunia luar agar mereka lebih bersedia mengambil tempat dan peranan sebagai warga dunia. Di samping itu, program ini juga diharapkan dapat mewujudkan peluang kepada pelajar untuk bertukar pendapat dan idea berkenaan Bahasa Jerman seterusnya mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar Bahasa Jerman.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Antaranya ialah ‘ice-breaking’, Zweifelderball (dodgeball), German Quiz, Brezel backen (Brezel baking), Schultüte machen (making Schültute), Frühlingsdekokranz dan Bilderdiktatspiel (dictation). Para pelajar telah mengambil bahagian dalam kesemua aktiviti dengan penuh semangatnya.

Tahniah untuk warga SEMESRA dan kepada semua yang telah menjayakan Hari Kebudayaan Bahasa Jerman.

IMG-20160423-WA0041

This entry was posted in Lain-lain. Bookmark the permalink.

Comments are closed.