Nadwah Kepimpinan Islam SBP Kali Ke-36

IMG_20160428_113540 IMG_20160426_122253 IMG_20160426_122237 IMG_20160426_121738  IMG_20160425_220111

24-28 April: Sekolah Menengah Sains Rembau telah menghantar empat orang pelajar untuk menyertai program Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar. Sebanyak 69 buah sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia telah terlibat dan seramai 276 orang peserta telah menyertai Nadwah Kepemimpinan Islam SBP Peringkat Kebangsaanini.Program yang berlangsung selama 4 hari 3 Malam dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dan Bahagian Pendidikan Islam KPM.

Objektif penganjuran program adalah untuk melahirkan kepimpinan terpuji dan berkualiti dalam kalangan pelajar SBP pada masa hadapan di samping membentuk sahsiah dan jati diri kepimpinan alaf baru ke arah kecemerlangan Islam. Bertemakan KEPIMPINAN RABBANI MENJANA KEPIMPINAN TERPUJI, program ini juga bertujuan untuk merealisasikan kewujudan kualiti kepimpinan yang mapan, berkarisma, inovatif, dan professional serta mewujudkan bi’ah diini dan solehah serta suasana yang kondusif di seluruh SBP. Selain itu program ini juga memberi peluang kepada badan-badan dakwah sekolah berkongsi idea tentang pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah masing-masing.

Antara pengisian program yang diadakan ialah  Pertandingan Tahsin Surah Al Fatihah, Ucaptama oleh En. Mohd Fathullah bin Mohd Yusof KPP Kanan BPSBPSK, Pertandingan Tazkirah Spontan, Program Outreach ke sekolah-sekolah daerah Jasin,Taklimat  berkaitan Surau Imarah oleh BPI KPM, LDK bersama sahabat YADIM, Muhadharah bersama Ustaz Muhadir bin Joll dan Bicarawara bersama YDP YADIM.

Dua orang pelajar SM Sains Rembau telah berjaya melayakkan diri keperingkat akhir untuk acara Pertandingan Tahsin Surah Alfatihah dan Tazkirah sepontan dan mendapat sijil penyertaan.

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.