KEJOHANAN RAGBI MSSMNS 15’s, BAWAH 18 TAHUN 2016.

SEREMBAN, 4 OGOS 2016- Pasukan ragbi InteJ telah menghantar pasukan bawah 17 tahun yang dibarisi oleh 17 orang pemain tingkatan 4 dan 8 orang pemain tingkatan 5 untuk menyertai kejohanan Ragbi MSSMNS 15 sebelah bawah 18 tahun yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban pada tahun ini. Di undi di dalam kumpulan B bersama Kolej Vokasional Kuala Klawang, Kolej Vokasional Port Dickson, SM Teknik Tuanku Jaafar dan SMK Serting Hilir Kompleks, pasukan ragbi InteJ telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik di mana mereka telah memenangi kesemua 4 perlawanan di peringkat kumpulan dan berjaya menjadi johan kumpulan B. Di SMS peringkat suku akhir pula, pasukan ragbi InteJ perlu menundukkan pasukan Tunku Munawir bagi menempah tiket ke perlawanan separuh akhir cup menentang Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban. Pada peringkat separuh akhir cup iaitu pada perlawanan di sebelah pagi 3hb Ogos, kedua-dua pasukan membawa masuk pemain-pemain daripada tingkatan 5 bagi memperkuatkan lagi pasukan masing-masing dan perlawanan yang seimbang dan sengit akhirnya telah berpihak kepada pasukan Intej setelah menumpaskan lawannya iaitu SDAR. Penentuan untuk menjadi juara Kejohanan Ragbi MSSMNS telah menemukan pasukan Intej menentang pasukan SMK KGV, Seremban pada perlawanan sebelah petang.  Perlawanan yang di saksikan sendiri oleh pengetua kedua-dua pasukan begitu sengit dengan pasukan KGV membuka ‘try’ perlawanan seawal 5 minit yang pertama. Selepas berbalas-balas skor untuk 1 jam 20 minit masa perlawana, akhirnya pasukan ragbi InteJ bawah 18 tahun di tabalkan sebagai juara baru Kejohanan Ragbi MSSMNS 15 sebelah bawah 18 tahun setelah kecewa sebagai naib johan pada tahun lalu. 8 orang pemain InteJ telah di senaraikan untuk mengikut latihan pusat ragbi MSSMNS dan hanya 7 daripada mereka yang telah terpilih untuk mewakili MSSM Negeri Sembilan untuk Kejohanan Ragbi MSSM Bawah 18 Tahun yang akan berlangsung di UUM Sintok, Kedah. photo-04-08-2016-6-30-16-pm photo-04-08-2016-6-39-27-pm photo-11-08-2016-1-02-11-am photo-11-08-2016-1-02-36-am photo-11-08-2016-1-02-41-am photo-11-08-2016-1-02-48-am photo-11-08-2016-1-03-10-am

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.