INTEJ: HARI KEBUDAYAAN BAHASA PERANCIS SBP DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN PERINGKAT BORNEO

Pada 5 hingga 9 September yang lalu, Intej telah menghantar 5 orang pelajar bagi menyertai Hari Kebudayaan Bahasa Perancis Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Peringkat Borneo 2016 yang bertempat di Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak (SAINSKU).

dsc_8705

Intej tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sarawak pada pukul 11.00 pagi. Selepas pendaftaran, Intej bersama peserta-peserta yang lain melawat ke Pusat Perlindungan Orang Utan di Semenggoh. Di sana pelajar-pelajar dapat mengetahui cara hidup orang utan sekaligus dapat menanam sifat cinta akan flora dan fauna khususnya orang utan. Pada waktu malam, semua peserta terlibat dengan slot ‘ Ice Breaking ‘. Ini dapat mengeratkan hubungan semua peserta yang terlibat.

dsc_8694

Keesokan harinya peserta-peserta dibawa melawat ke Kampung Kebudayaan Sarawak di Santubong. Pelbagai ilmu yang ditimba di sana seperti cara hidup, kepercayaan, dan kesenian mereka. Semua peserta berpeluang menonton persembahan teater yang menunjukkan seni tari setiap etnik di Sarawak. Selain itu, semua juga peserta berkesempatan melawat ibu negeri Sarawak, Kuching.

dsc_8740

Pada hari Rabu dan Khamis, terdapat pelbagai aktiviti yang dipertandingkan. Misalnya pertandingan Quiz Francophonie, Objet Dans La Classe, Petanque, Maitre De Conjugaison, Les Virelangues, Cuisine, Discours Thematique, dan Dessin Monument. Alhamdulillah, Intej telah memenangi beberapa pertandingan iaitu pertandingan Quiz Francophonie, Objet Dans La Classe, Petanque, Maitre De Conjugaison, Les Virelangues, dan Discours Thematique. Majlis penutupan telah berlangsung pada Khamis malam di dewan SAINSKU dan dirasmikan oleh Sir Nicolas, Duta Perancis di Malaysia.

dsc_8860

Intej telah bertolak pulang ke Negeri Sembilan pada pukul 9.30 pagi. Delegasi Intej mendapat pelbagai input yang efektif dan positif untuk dikongsikan bersama pelajar-pelajar Intej yang lain. Diharapkan program ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.

Merci.

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.