INTEJ sertai Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah bawah 16 Tahun SBP Kebangsaan 2016

Pada 21-25 September 2016 bertempat di Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani, Kedah, INTEJ telah menghantar 1 pasukan kriket. Pasukan Kriket INTEJ layak menyertai kejohanan ini setelah menjadi Naib Johan pada kejohanan pusingan awal.

Pada peringkat kumpulan INTEJ telah berada dalam kumpulan C bersama-sama Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) – Johan Zon Pahang, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) – Johan Zon Perak dan Sekolah Menengah Sains Sabah – Johan Zon SQL. Sebagai satu-satunya pasukan yang bergelar naib johan ketika pusingan awal, INTEJ tidak meletakkan sasaran yang tinggi dalam kejohanan ini.

Namun dengan berbekalkan semangat juang dan kesukanan yang tinggi dalam kalangan pemain kriket INTEJ mereka telah berjaya menundukkan lawan satu persatu pada peringkat kumpulan. Pada perlawanan pertama menentang SMS Sabah, INTEJ menang dengan  150 larian, perlawanan kedua menentang SEMESTI, INTEJ memperoleh kelebihan 91 larian manakala pada perlawanan ketiga INTEJ berjaya mengatasi SEMESTA dengan 58 larian. Dengan kemenangan dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan, INTEJ telah dinobatkan sebagai johan kumpulan dan layak ke peringkat suku akhir.

Pada peringkat suku akhir, INTEJ telah diundi menentang SMS Tun SYED. Nasib malang bagi pasukan INTEJ kerana tidak dapat meneruskan kemaraan ke pringkat seterusnya apabila tewas 2 wicket pada perlawanan tersebut.

Tahniah kepada pemain-pemain kriket INTEJ yang telah menunjukkan kesungguhan sepanjang kejohanan. Barisan pemain kriket INTEJ

1 MUHAMMAD LUTFI NAZMI BIN ANUAR
2 MUHAMMAD SYAZWAN BIN MUHAMMAD SOFIAN
3 MUHAMMAD ZUHAIR BIN NORAZMI
4 DANISH AKMAL BIN KAMAL ARIS
5 DZULHADI BIN HAMDAN
6 HARITH AKHTAR BIN AZMI
7 MUHAMMAD MUQRI BIN ABD RAHIM
8 AIMAN ZALHASMI BIN ADNAN
9 KAMAL BASHA ATATUBIL KHAN BIN ABDUL KARIM
10 MUHAMMAD ZAMIR BIN SUHAIMI
11 MUHAMMAD SAUQI BIN HASSAN
12 MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ROSLI
13 AHMAD AIMAN ATIQULLAH BIN KAMA
14 AHMAD NAJMUDDIN BIN MD NASIR
15 MUHAMMAD LUTFI BIN RIDZUAN HON

semuji-2016-1 semuji-2016-2 semuji-2016-3 semuji-2016

This entry was posted in Sukan & Permainan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.