PERTANDINGAN SAHIBBA DAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH JEMPOL TAHUN 2017

Pada 5 Julai 2017, bertempat di SMA Dato’ Haji Mustafa telah berlangsungnya Pertandingan Sahibba dan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah Peringkat Daerah Jempol. SBP Integrasi Jempol telah turut serta dalam pertandingan tersebut dengan menghantar 4 orang peserta iaitu Wan Nur Fariha Nadhirah (Sahibba), Shahrul Akmal (Sahibba), Muhammad Hanafi (Sajak) dan Muhammad Danial (Syair).

Bagi kategori sajak dan syair, Muhammad Hanafi dan Muhammad Danial layak menerima sijil penyertaan. Bagi kategori sahibba pula, Shahrul Akmal hanya layak ke pusingan kedua sahaja manakala Wan Nur Fariha layak ke peringkat akhir dan telah diumumkan sebagai johan pertandingan sahibba.

Wan Nur Fariha akan mewakili Daerah Jempol bagi Pertandingan Sahibba peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 17 Julai 2017 bertempat di SMK Kompleks KLIA, Nilai. Semoga kemenangan berpihak kepada Wan Nur Fariha di peringkat negeri nanti untuk meneruskan perjuangan di peringkat kebangsaan.IMG_20170705_083648IMG_20170705_102550IMG_20170705_100445IMG_20170705_145924IMG_20170706_124726

 

 

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.