KEJOHANAN TENPIN BOLING MSSNS TAHUN 2017

Pada 18, 19 dan 24 Julai yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan Tenpin Boling peringkat MSS Negeri Sembilan bertempat di Ampang Superbowl Seremban Prima, Seremban, Negeri Sembilan.

Seramai 6 orang pelajar INTEJ telah mewakili Jempol dalam kejohanan peringkat MSSNS tersebut iaitu Aidil Nur Aqqif (L15), Muhammad Syazwan (L18), Muhammad Haziq Fitri (L18), Iffat Asymawie (L18), Nur Hazmida Husna (P18) dan Nur Ain Syazwani (P18).

Bagi kategori L15 dan L18, pelajar INTEJ hanya memperoleh sijil penyertaan manakala bagi kategori P18, Nur Hazmida Husna telah mendapat tempat ketiga bagi kategori individu, tempat ketiga kategori beregu dan tempat ketiga bagi kategori berpasukan yang turut disertai oleh Nur Ain Syazwani.

Nur Hazmida Husna layak untuk menyertai Kejohanan Tenpin Boling  peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti bertempat di Negeri Kedah. Tahniah diucapkan kepada semua pemain terutamanya Nur Hazmida Husna atas kejayaan beliau dan jutaan terima kasih turut diucapkan atas kesungguhan yang telah dipamerkan ketika kejohanan berlangsung. Selamat maju jaya.IMG_20170719_101108 IMG_20170719_102622 IMG_20170724_141643 IMG_20170724_174951 IMG_20170724_102123

 

This entry was posted in Sukan & Permainan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.