CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

Pada 25 – 27 Julai 2017, 4 orang wakil Kelab Pengguna INTEJ iaitu Muhd Syazwan bin Muhamad Sofian, Nurul Syazana binti Jefri, Nurul Effa Ezzati binti Ghafar dan Muhammad Zulfariz bin Wahid telah mewakili Negeri Sembilan dalam Program Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) 2017 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Padang Kawad USM, Pulau Pinang. Program tersebut dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Objektif program adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang ilmu kepenggunaan di samping menambahkan daya kreativiti dan inovasi pelajar dalam mempraktikkan ilmu kepenggunaan yang diperoleh.

Antara tentatif yang dijalankan ialah :
25 Julai 2017 :
Pendaftaran, Taklimat Program, Cabutan Undi, Taklimat Explorace
26 Julai 2017 :
Senamrobik, Flag-Off CIP-KPS 2017, Program Motivasi bersama Selebriti
27 Julai 2017 :
Senamrobik, Penyampaian Hadiahkps1 kps2

Dalam cabaran tersebut, pelajar INTEJ hanya memperoleh sijil penyertaan. Diharapkan pelajar yang menyertai program tersebut dapat meningkatkan pengetahuan tentang hak pelajar sebagai pengguna. Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar kerana telah mewakili Negeri Sembilan dalam CIP-KPS 2017. Semoga beroleh kejayaan pada tahun akan datang.

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.