SEKOLAH SERI PUTERI KE 18TH WORLD MUSIC CONTEST 2017

SP Winds di KLIA sebelum bertolak

SP Winds di KLIA sebelum bertolak

SP Winds membuat persembahan jemputan di ConcertGebouw Amsterdam

SP Winds membuat persembahan jemputan di ConcertGebouw Amsterdam

Plak  Anugerah Perak

Plak Anugerah Perak

SP Winds bersama pegawai di Pejabat  Kedutaan Malaysia

SP Winds bersama pegawai di Pejabat Kedutaan Malaysia

Sijil Anugerah Perak

Sijil Anugerah Perak

Sesi latihan di Refpunt

Sesi latihan di Refpunt

Pasukan  Wind Orchestra  Sekolah Seri Puteri Cyberjaya telahpun menyertai Pertandingan 18th World Music Contest 2017 di Kerkrade, Netherlands pada 22 Julai 2017 yang lalu. Seramai 7 orang guru pengiring dan 57 orang murid terlibat dalam pertandingan tersebut.  Alhamdulillah, hasil usaha gigih murid-murid dan para guru, SP Winds mendapat Anugerah Perak dengan jumlah markah 74.67.

Pasukan Pancaragam SSP (SP Winds) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Amsterdam pada pukul 9.40 pagi pada 20 Julai 2017. Selepas itu delegasi SP Winds berkunjung ke Kedutaan Malaysia di Den Hague, Amsterdam. Murid mendapat pendedahan berkenaan tujuan dan tugas-tugas pegawai kedutaan di luar negara. Kemudian, kumpulan SP Winds dibawa ke Amrath Grand Hotel de L’Empereur di Maastricht. Pada malamnya diadakan Majlis Makan Malam  ‘Welcome Dinner’ oleh pihak penganjur di Restoran Matuchi.

Pasukan SP WInds tiba di Heerlen’s Parkstad Limburg Theatre pada pukul 8.30 pagi dan membuat persiapan dan persediaan terakhir sebelum bertanding pada sesi pagi. Giliran SP Winds membuat persiapan untuk penilaian juri adalah pada pukul 11.20 pagi.  Lagu yang dipertandingkan ialah The Land of Zarathustra dan Vesuvius. SP Winds bertanding bersama 7 kumpulan lain dalam kategori Harmoni 3. Selesai persembahan penilaian, SP Winds menonton persembahan dari pasukan lain dari negara Cina, Itali, United Kingdom, Netherlands, Belgium dan Denmark. Murid mendapat pendedahan berkenaan kualiti persembahan muzik antarabangsa yang sangat baik. Mereka juga dapat bertukar fikiran dan pengalaman bersama kumpulan lain.

 Keputusan diumumkan pada pukul 5.30 petang.

 

This entry was posted in Pasukan Pakaian Seragam. Bookmark the permalink.

Comments are closed.