INTEJ – PERKHEMAHAN PANDU PUTERI REMAJA/RENJER SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2017

Pada 2 hingga 3 Oktober 2017, 4 orang ahli Pandu Puteri Remaja SBP Integrasi Jempol iaitu Anis Najihah binti Abd Razak, Nur Atierah binti Zulkafli, Husna binti Abd Malek, dan Nurin Syahira Alieya binti Zolkeflee telah menyertai Perkhemahan Pandu Puteri Remaja/Renjer Peringkat Daerah Jempol 2017 anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Daerah Jempol bertempat di Kem Rimba Ilmu (KEMRI) Juasseh, Jempol, Negeri Sembilan.

Antara pengisian sepanjang perkhemahan tersebut ialah mendirikan khemah dan membina gajet seperti ampaian, rak kasut dan rak pinggan. Selain itu, mereka turut melakukan aktiviti istiadat panji-panji, ladam kuda, memasak roti lilit menggunakan unggun api dan menyertai pertandingan gubahan bunga menggunakan plastik.

1 2 3 4 5 6

Kem Komanden ialah Puan Zairina Binti Abu Samah dari SMK Datuk Mansor. Peserta dibahagikan kepada tiga subkem. SBPIJ ialah antara ahli subkem 2. Subkem tersebut telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan membuat gubahan bunga dan membina gajet.

Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh  Encik Mustatafa Bin Yusof selaku Penyelia Kokurikulum PPDJJ. Program ini sememangnya memberi pengalaman yang menarik dan mengajar erti kesabaran di samping dapat memupuk individu yang berdisiplin.

This entry was posted in Pasukan Pakaian Seragam. Bookmark the permalink.

Comments are closed.