SORAKAN SERAI SEJATI BERGEMA DI DEWAN GEMILANG InSTAR

Pekan: 19 Januari 2018, Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-14 telah berlangsung dengan jayanya di mana rumah Serai Sejati telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan tersebut.Kejohanan ini adalah bermatlamatkan membentuk budaya sukan untuk semua disamping menyokong Program 1 Murid 1 Sukan. Dalam kejohanan tersebut, adik Muhammad Ammar Farhan bin Abdul Basid dari rumah Serai Murni dan adik Wardatul Faizah Binti Mohd Aziz dari rumah Serai Sejati telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori L dan P bawah 15 tahun. Manakala bagi kategori L dan P bawah 18 tahun dijuarai oleh adik Mohamad Aiman  Nur Hakim Bin Mohd Nor Alwi dari rumah Serai Abadi serta adik Ainun Nur Izzati Farhanah Binti Abdul Azizi dari rumah Serai Abadi. Sehubungan dengan kejohanan itu,  seramai 24 orang pelajar merentas desa (2) merentas desaakan menyertai Kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD. Tahniah dan syabas bagi semua pemenang.

This entry was posted in Sukan & Permainan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.