NAIB JOHAN MILIK ADIK MUHAMMAD AMMAR FARHAN

PEKAN: 30 JANUARI 2018, Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah telah diadakan di SMK Chini, Pekan, Pahang. SBP Integrasi Tun Abdul Razak telah menghantar 24 orang peserta untuk menyertainya di mana 3 kemenangan telah berjaya dicapai. Muhammad Ammar Farhan Bin Abdul Basid melahirkan rasa kesyukuran apabila mendapat Naib Johan manakala Muhammad Hanif Bin Hamdan mendapat tempat ke-15 di mana masing-masing bawah kategori lelaki 15 tahun. Adik Ainun Izzati Farhanah Binti Abdul Azizi masih gembira walau pun mendapat tempat ke-14 bagi kategori perempuan bawah 18 tahun. Sehubungan dengan itu, Muhammad Ammar Farhan akan berentap ke peringkat negeri yang dijangka rentas desa 1rentas desa 2akan diadakan di Cameron Highland. Syabas dan tahniah kepada semua peserta.

This entry was posted in Sukan & Permainan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.