DEBAT PERSAHABATAN KISAS-SGS

Pada 10 Februari 2018, pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Kolej Islam Sultan Alam Shah telah mengadakan sesi bahas persahabatan bersama pasukan bahas dari SM Sains Perempuan SGS.

Pasukan bahas Bahasa Melayu KISAS, di bawah bimbingan Encik Mohd Faizal bin Ismail, terdiri dari Anwar Muhammad bin Izzat, Muhammad Asfalwafiq bin Zakri, dan Hud Haikal bin Zainuddin. Pasukan bahas Bahasa Inggeris dibimbing oleh Cik NoorHilma Yem dan terdiri dari Maryam Hafizah binti Farrukh Khan, Liyana Nabihah binti Mohd Sallehuddin, Ismail Hakim bin Zulhedry, dan Aiman Zidan bin Sharol Amal.

Program ini adalah sebahagian dari persiapan pasukan sekolah untuk pertandingan bahas Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh 2018 yang akan diadakan di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang pada 8-13 Mei 2018.

9173DFBF-14B2-4C7D-90DA-6C0B47DDA9E5Adalah diharapkan pengalaman yang digarap melalui perlawanan bahas ini dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran berbahas masing-masing.F013A3D6-2A5A-4711-B624-1ADC2DBF5AD0 A5F23901-F827-40F3-A00E-83F5222627BFEE153680-8B3F-4CAC-AE4C-7DB11D6959D3

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.