KOT 2018, SERAI ABADI KEMBALI BERSINAR

PEKAN: 6-11 Februari 2018, Kejohanan Balapan dan Padang InSTAR Kali Ke-15 2018 telah berlangsung debgan jayanya di bawah kendalian Encik Mohd Syamsul Izwan Bin Ghazali. Bertemakan 4 musim, ia telah dirasmikan oleh YB Dato Seri SH Mohmed Puzi Bin SH Ali selaku Adun Peramu Jaya sambil diiringi oleh En. Yahya Bin Ahmad (YDP PIBG) dan En. Muhd Yazid Bin Abdul Wahab (Pengetua InSTAR). Dalam kejohanan tersebut, Serai Abadi telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 867 melalui acara sukantara, tarik tali, perbarisan, dan khemah terbaik sekaligus meletakkan Serai Harmoni pada tempat ke-2, diikuti Serai Murni dan Serai Sejati. Kerjasama yang padu daripada semua pelajar dan guru-guru telah mengembalikan kegemilangan Serai Abadi.kot 1kot 2kot 3

This entry was posted in Sukan & Permainan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.