INTEJ-Sambutan Hari Peringatan Sedunia Persatuan Pandu Puteri Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018

Pada 24 Februari 2018, 4 orang pelajar pandu puteri renjer dan seorang guru pemimpin pandu puteri INTEJ menyertai Sambutan Hari Peringatan Sedunia Persatuan Pandu Puteri Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018. Tema pada tahun ini adalam IMPAK. Program bertempat di SMK Senaling Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Bagi daerah Jempol, hanya 4 sekolah yang menghantar wakil iaitu SK Serting Ulu, SK Serting Hilir Kompleks, SMK Datuk Mansor dan SBP Integrasi Jempol.

Terdapat 3 pertandingan yang dianjurkan dan satu aktiviti natural walk. Pertandingan yang dianjurkan adalah Pertandingan Kumpulan Sorak(Kumpulan), Pertandingan Kraf Tangan Bahan Kitar Semula (Kumpulan) dan Pertandingan Melukis Poster(Individu). INTEJ menyertai pertandingan melukis poster dan hanya mampu membawa pulang sijil penyertaan sahaja.

Tentatif program bermula dengan ucapan YDP Pandu Puteri Kuala Pilah diikuti denga perutusan KPC. Seterusnya taklimat aktiviti dan pertandingan dijalankan serentak. Akhir sekali, penyerahan duit duit Hari Peringatan Sedunia, penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang.

Semoga pengalaman yang diperolehi dapat digunakan untuk pertandingan akan datang.

P2 P3 P4 P5

This entry was posted in Pasukan Pakaian Seragam. Bookmark the permalink.

Comments are closed.