KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2018

photo_2018-04-25_15-49-04 photo_2018-04-25_15-48-33Pada 24 April 2018 yang lalu, SBP Integrasi Jempol (INTEJ) telah menyertai Karnival Bahasa Melayu Sekolah Menengah Peringkat Daerah Jempol 2018. Karnival tersebut telah diadakan di SMK Alam Beraja.

INTEJ telah menghantar seorang wakil peserta Pertandingan Pidato 1Malaysia iaitu Saudara Ku Muhammad Haikal Idham bin Ku Zubir dan satu pasukan bicara berirama yang dianggotai oleh 30 orang pelajar.

Rezeki berpihak kepada INTEJ apabila INTEJ telah diumumkan sebagai Johan Pidato 1Malaysia dan Johan Bicara Berirama. INTEJ layak untuk mara ke peringkat negeri yang akan diadakan di SMK Kg Baru Si Rusa, Port Dickson pada 7 Mei 2018. Semoga INTEJ akan memperoleh kejayaan di peringkat negeri pula.

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.