KARNIVAL BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2018

karnival bhs negeri 1karnival bhs negeri 2Pada 7 Mei 2018 yang lalu, SBP Integrasi Jempol (INTEJ) telah menyertai Karnival Bahasa Melayu Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sembilan 2018. Karnival tersebut telah diadakan di SMK Kg Baru Si Rusa, Port Dickson.

INTEJ telah turut serta atas kejayaan menjadi johan semasa peringkat daerah Jempol tempoh hari.  Wakil peserta Pertandingan Pidato 1Malaysia ialah Saudara Ku Muhammad Haikal Idham bin Ku Zubir manakala pasukan bicara berirama masih mengekalkan 30 orang peserta.

Rezeki tidak berpihak kepada INTEJ apabila INTEJ hanya layak mendapat sijil penyertaan bagi kedua-dua pertandingan tersebut. Sama-samalah kita doakan kejayaan akan menjadi milik INTEJ pada masa akan datang.

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.