KARNIVAL DBP (BAHASA MELAYU) SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2018

Pada 11 Julai 2018 yang lalu, SBP Integrasi Jempol (INTEJ) telah menyertai Karnival DBP (Bahasa Melayu) Sekolah Menengah Peringkat Daerah Jempol 2018. Karnival tersebut telah diadakan di SMK Lui Barat.

INTEJ telah turut serta dalam karnival tersebut dan telah menghantar peserta bagi setiap pertandingan yang dianjurkan. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah Forum Remaja, Sabibba, Deklamasi Sajak dan Syair.

Rezeki hanya berpihak kepada peserta sahibba INTEJ iaitu Fatin Sri Wahida binti Zainurin apabila berjaya menjadi johan dan layak untuk mara ke peringkat negeri manakala peserta lain belum punya peluang untuk cemerlang.

karnival dbp daerah 1

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.