PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU PIALA PERDANA MENTERI 2018

bahas bm 1bahas bm 2bahas bm 3

 

Pada 1 hingga 7 Julai yang lalu, SBP Integrasi Jempol (INTEJ) telah menyertai Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PPM) kali ke-45/2018. Pertandingan tersebut telahpun diadakan di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.

Peserta dari INTEJ  yang mewakili Pertandingan Bahas Bahasa Melayu tersebut ialah Noor Aina Nabilla binti Johari, Aqmar Sofiah binti Mohd Jasli, Muhammad Amin bin Amir Hussein dan Muhamad Hajmeey Rifqi bin Abdul Razab. Guru Pengiring INTEJ ialah Cik Nor Hani binti Abu Samah manakala hakim Bahas Bahasa Melayu dari INTEJ ialah Puan Hajah Rosmah binti Md Daron dan Puan Narulazida binti Jamaludin.

Pada tahun ini, pertandingan bahas masih meneruskan sistem ‘Power Match’ di mana kriteria yang diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan adalah seperti menang/kalah, juri, margin dan markah.

Pasukan Bahas Bahasa Melayu INTEJ telah bertemu dengan SMAP Labu, SESERI, SABSA dan STJ. Nasib belum menyebelahi pasukan bahas INTEJ untuk layak ke peringkat akhir. Semoga rezeki berpihak kepada pasukan INTEJ pada masa akan datang.

 

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.