KARNIVAL DBP BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2019

Pada 2 Mei 2019 yang lalu, SBP Integrasi Jempol (INTEJ) telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah Karnival DBP Bahasa Melayu Sekolah Menengah Peringkat Daerah Jempol. Sebanyak 17 sekolah telah turut serta dalam karnival ini. Karnival ini melibatkan beberapa pertandingan iaitu Forum Remaja, Sahibba, Deklamasi Sajak dan Penyampaian Syair.

INTEJ turut serta dalam ke semua pertandingan yang dianjurkan. Peserta INTEJ telah mengharumkan nama sekolah setelah menjadi johan dan naib johan bagi pertandingan sahibba. Kedua-dua peserta sahibba layak ke peringkat negeri yang dijangka akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri. Bagi pertandingan forum remaja, sajak dan syair, INTEJ belum mempunyai rezeki untuk menjadi pemenang.

Syukur Alhamdulillah, karnival berjalan lancar dan semua pihak berpuas hati dengan keputusan yang telah diumumkan.

 

Disediakan oleh:

Suhana
photo_2019-05-07_11-05-41 photo_2019-05-07_11-05-24 photo_2019-05-07_11-07-02 photo_2019-05-07_11-07-11photo_2019-05-07_11-05-24photo_2019-05-07_11-07-02

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.