Karnival DBP Bahasa Melayu Sek.Men.Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2019

Pada 13 Jun 2019, bertempat di SMK Yam Tuan Radin, Port Dickson, telah berlangsungnya Karnival DBP Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan. Karnival ini melibatkan beberapa pertandingan antaranya Sahibba Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, Deklamasi Sajak, Penyampaian Syair dan Forum Remaja untuk Sekolah Menengah.

SBP Integrasi Jempol (INTEJ) turut serta dalam karnival tersebut bagi mewakili daerah Jempol bagi pertandingan sahibba. Dua orang peserta dari INTEJ yang terlibat ialah Muhammad Haikal Danish bin Muhammad Asman dan Nurin Batrisya binti Zulkifli.

Kemenangan masih belum berpihak kepada INTEJ. Danish hanya layak pusingan awal sahaja manakala Nurin layak ke peringkat separuh akhir sahaja.

Insya-Allah tahun depan INTEJ pasti diberi peluang lagi dan akan cuba jaya untuk melayakkan diri ke peringkat kebangsaan pula

Disediakan oleh,

SUHANA BINTI PAKHRURRAZI
photo_2019-06-14_13-05-45 photo_2019-06-14_13-05-49 photo_2019-06-14_13-05-57

This entry was posted in Kelab & Persatuan. Bookmark the permalink.

Comments are closed.