BOLA KERANJANG

SEJARAH BOLA KERANJANG SBP

Pertandingan bola keranjang lelaki antara Sekolah Berasrama Penuh mula diadakan pada tahun 1974 bagi merebut Piala Tun Dato’ (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir sementara pertandingan bola keranjang perempuan bermula pada tahun 1976 bagi merebut Piala Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab.

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil dan mengasah bakat pelajar-pelajar Melayu dalam permainan bola keranjang yang selama ini dipelopori oleh kaum-kaum lain. Selain itu, permainan ini agak agresif dan berupaya meningkatkan kecergasan fizikal dan mental, di samping memerlukan semangat kerjasama sepasukan yang tinggi bagi memburu kemenangan.

Pada tahun 1990, piala pusingan yang pertama ini telah dihadiahkan terus kepada Kolej Melayu Kuala Kangsar , Perak (MCKK) dan Sekolah Seri Puteri , Kuala Lumpur (SSP) kerana kedua-dua buah sekolah ini merupakan pasukan yang paling kerap menjuarai pertandingan sejak tahun 1975. Bermula tahun 1991, Tun Dato’ (Dr.) Haji Hamdan Sheikh Tahir dan Toh Puan Datin Hajah Siti Zainab sekali lagi telah bermurah hati menganugerahkan sebuah piala pusingan baru untuk pertandingan berprestij ini. Piala yang menjadi lambang kehebatan pasukan yang berjaya menggondolnya sentiasa menjadi idaman dan rebutan setiap kontinjen yang bertanding.

JOHAN LELAKI DAN PEREMPUAN

TAHUN

JOHAN PASUKAN LELAKI

JOHAN PASUKAN PEREMPUAN

1973

TIDAK DIPERTANDINGKAN

TIDAK DIPERTANDINGKAN

1974

SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK

TIDAK DIPERTANDINGKAN

1975

SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK

TIDAK DIPERTANDINGKAN

1976

SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK

SEKOLAH TUN FATIMAH

1977

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH TUN FATIMAH

1978

MAKTAB TENTERA DIRAJA

SEKOLAH TUN FATIMAH

1979

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH TUN FATIMAH

1980

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH TUN FATIMAH

1981

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1982

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH SERI PUTERI

1983

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH SERI PUTERI

1984

SEKOLAH MENENGAH SAINS SELANGOR

SEKOLAH SERI PUTERI

1985

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH SERI PUTERI

1986

MAKTAB TENTERA DIRAJA

SEKOLAH SERI PUTERI

1987

MAKTAB TENTERA DIRAJA

KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1988

SEKOLAH MENENGAH SAINS SELANGOR

SEKOLAH SERI PUTERI

1989

SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU ABDULLAH RAUB

SEKOLAH SERI PUTERI

1990

SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK

SEKOLAH TUN FATIMAH

1991

SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK

SEKOLAH TUN FATIMAH

1992

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH SERI PUTERI

1993

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1994

MAKTAB TENTERA DIRAJA

KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1995

SEKOLAH ALAM SHAH

KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1996

SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU ABDULLAH RAUB

KOLEJ TUNKU KURSHIAH

1997

SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN

SEKOLAH SERI PUTERI

1998

TIDAK DIPERTANDINGKAN

TIDAK DIPERTANDINGKAN

1999

TIDAK DIPERTANDINGKAN

TIDAK DIPERTANDINGKAN

2000

SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SEKOLAH SERI PUTERI

2001

SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN

SEKOLAH SERI PUTERI

2002

SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SEKOLAH SERI PUTERI

2003

SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

KOLEJ TUNKU KURSHIAH

2004

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH SERI PUTERI

2005

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH SERI PUTERI

2006

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH SERI PUTERI

2007

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH TUN FATIMAH

2008

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH TUN FATIMAH

2009

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING

SEKOLAH SERI PUTERI

2010

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING

SEKOLAH SERI PUTERI

2011

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH TUN FATIMAH

2012

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH SERI PUTERI

2013

SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK

SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

2014

KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING

2015

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING

SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MAHMUD

2016

SEKOLAH MENENGAH SAINS DUNGUN

SEKOLAH SERI PUTERI

 

Comments are closed.