SAS merangkul 1 Emas 1 Perak 1 Gangsa dalam Kejohanan Olahraga SBP Zon Tengah

13 April – Tahniah dan syabas. SAS berjaya merangkul 1 Emas 1 Perak 1 Gangsa. Emas – 4x100m Perak – Lontar peluru Gangsa – 400m

Posted in Sukan & Permainan | Leave a comment

Pasukan inovatif SAS berjaya mendapat “Gold Medal Award” untuk Piala Dato Wan Zahid bin Wan Nordin

Syabas dan tahniah. Pasukan inovatif Sekolah Sultan Alam Shah berjaya mendapat “Gold Medal Award” untuk Piala Dato Wan Zahid bin Wan Nordin (Rekacipta Kejuruteraan), Piala Pusingan Pertandingan Rekacipta Kejuruteraan Sekolah-sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia dan  EYReC Best Award during Malaysia International Young Inventors Olympiad 2013 (MIYIO 2013). Ahli pasukan ialah Irfan Sabri bin Mohd Sabri dari tingkatan 4 dan Mohamad Syamierul Azziem bin Mohd Roszeki dari tingkatan 3.

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

Pasukan Tarian ASTARI SAS Tempat Ketiga dalam Program Perkampungan Seni Tarian Tradisional Malaysia Kebangsaan Kali Ke-3

8-12 April 2013, 8 orang pelajar Sek Sultan Alam Shah telah menyertai Perkampungan Seni Tarian Tradisional Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali ke-3. Program yang dianjurkan oleh SMS Labuan ini disertai oleh 12 buah sekolah berasrama penuh dari seluruh Malaysia. Selama seminggu kami berkampung di SMS Labuan, pelbagai program menarik telah diatur oleh pihak penganjur, antaranya ialah bengkel tarian silat dan kontemporari, pertandingan tarian, Malam Kebudayaan dan lawatan sekitar bandar Labuan.

Pelbagai jenis tarian telah dipertandingkan, termasuklah pertandingan tarian tarian silat, tarian kreasi baru rampaian tradisional, tarian etnik dan tarian kreatif asia. Pasukan Tarian SAS (ASTARI) telah menyertai Pertandingan Tarian Silat dan Tarian Kreasi Baru Rampaian Tradisional. Pertandingan Tarian Silat diadakan pada hari Selasa, 09hb April 2013 bertempat di Dewan SMS Labuan. Pertandingan ini disertai oleh 6 buah pasukan daripada sekolah-sekolah SBP. Pertandingan Tarian Kreasi Baru Rampaian Tradisional telah berlangsung pada hari Rabu, 10hb April 2013 bertempat di Dewan UMS Kampus Labuan. Pertandingan ini disertai oleh 10 buah pasukan tarian daripada seluruh SBP dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori A dan Kategori B.

Majlis Makan Malam dan Malam Kebudayaan telah diadakan pada hari Rabu, 10hb April jam 8.00 malam, bertempat di Dewan SMS Labuan. Pasukan ASTARI telah diundang membuat persembahan khas pada majlis ini. Pertandingan Tarian Kreatif Asia diadakan pada hari Khamis 11hb April 2013, jam 8.00 pagi bertempat di Dewan UMS Kampus Labuan manakala Majlis Penutup dan Penyampian Hadiah diadakan di tempat yang sama, jam 10.30 pagi, hari Khamis 11hb April 2013. Dalam majlis ini, Pasukan ASTARI telah diumumkan sebagai pemenang tempat ke-3 dalam Pertandingan Kreasi Baru Rampaian Tradisional bagi Kategori B.

Posted in Seni & Budaya | Leave a comment

ISKANDAR – Pingat Emas dalam Malaysian International Young Inventors Olimpiyad (MIYIO)

ISKANDAR – pada 16 – 19 April 2013 seramai dua orang pelajar iaitu Nabilah bt Zulkifli dan Nur Nasreen Nadhirah bt Junaidey telah menyertai Malaysian International Young Inventors Olimpiyad (MIYIO) di UniMap Perlis. Pasukan inovasi ISKANDAR yang dibimbing oleh En. Mohd Taufiq b Mohd Halid dengan projeknya yang diberi nama ECOCOLOUR telah berjaya mendapat pingat emas dan mendapat satu anugerah khas iaitu Pintas IP Gold Medal award. Tahniah kepada pasukan inovasi ISKANDAR.

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

ISKANDAR – KEJOHANAN MEMANAH PERINGKAT KEBANGSAAN (MSSM)

ISKANDAR – Pada  25 – 29 hb Mac 2013, Seramai empat orang Pemanah ISKANDAR telah terpilih mewakili Kontinjen Johor  dalam Kejohanan Memanah MSSM bertempat di IPG Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur yang dikelolakan oleh MSS Wilayah  
Persekutuan.  Pungutan pingat keseluruhan bagi kontinjen Johor  ialah Emas – 1, Perak – 2, dan Gangsa – 5.  Pemanah ISKANDAR pula telah berjaya meraih  Emas – P 18 (SITI AISYAH BTE ROTHMANS), Perak – L15 (MOHAMAD RAFIQ B MOHD AZMI), Gangsa –L 18 (MOHAMAD RAFIUDDIN  B MOHD AZMI – 70m dan 30m), En. Mohd Hapiz Raya selaku Jurulatih P18. Tahniah untuk semua.

Mohamad Rafiuddin Mohd Azmi (L18 – baju oren), Gangsa pertama bagi Kontinjen Johor.

 Mohamad Rafiq Mohd Azmi (L15),    Naib Johan acara 30m

 

 

 

 

 

 

Posted in Sukan & Permainan | Leave a comment

PASUKAN R&D SEPINTAR TELAH MENDAPAT TEMPAT PERTAMA DALAM PERTANDINGAN ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2013 (PERINGKAT ZON TENGAH)

Pada 23 April 2013 (Selasa) telah berlangsung Anugerah Harta Intelek Negara bertempat di Menara UOA, Bangsar di Pejabat MyIPO. Anugerah ini dibuka kepada semua sekolah yang berminat untuk mengambil bahagian. setelah melalui saringan, hanya 10 projek inovasi daripada 8 buah sekolah telah terpilih sebagai finalis.

SBPI Rawang telah menghantar satu projek bertajuk NATURAL ELILGIARY SPRAY- Spray Organik untuk menghalau serangga khususnya semut. Projek ini menggunakan seratus peratus bahan rempah ratus dari alam semulajadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Rempah ratus tersebut telah diekstrak menggunakan proses kondensasi. Ekstrak tersebut dikumpulkan di dalam botol spray menngunakan bahagian tertentu. Produk ini ternyata selamat dan boleh digunakan secara terus ke kulit atau tempat yang dikehendaki tanpa sebarang kesan.

Produk NATURAL ELILGIARY SPRAY ini telah memenangi Tempat Pertama dan dicalonkan untuk Anugerah Harta Intelek Negara Peringkat Kebangsaan.

Berikut merupakan inventor yang mengambil bahagian:

1. Shaza Najmi bin Shamri

2. Muhammad Khairulza’im bin Arifin

3. Muhammad Amin Adam bin Khushairi

4. Muhammad Ikram bin Mohd Her

 

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

ISKANDAR – JOHAN MEMANAH PASUKAN PEREMPUAN KEBANGSAAN

ISKANDAR – Pada 17 – 21 April 2013, Pasukan Memanah ISKANDAR menyertai Kejohanan Memanah Kebangsaan Kali Ke-8 yang telah diadakan di SM Sains Hulu Terengganu yang melibatkan 66 buah sekolah berasrama penuh, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan beberapa buah sekolah jemputan. Tahniah kepada pasukan memanah ISKANDAR kerana telah berjaya dianugerah sebagai Johan Pasukan Perempuan dan Tempat Ketiga Pasukan Lelaki keseluruhan


Pasukan Perempuan diwakili oleh Siti Aisyah Rothmans, Nurul Az-zahrah Abd Jamal dan Fasihah Fitri Zulkipli manakala  Pasukan Lelaki diwakili oleh Mohamad Rafiuddin Mohd Azmi, Mohamad Rafiq Mohd Azmi dan Muhammad Al-Amin M.Soud. Tahniah kepada jurulatih memanah En. Mohd Hapiz Raya dan Cik Mardiana Tol Jalil (Pengurus)

Posted in Sukan & Permainan | Leave a comment

PROGRAM NADWAH KEPIMPINAN ISLAM KE-32 TAHUN 2012

Program Nadwah Kepemimpinan Islam yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia pada kali ini merupaka program peringkat antarabangsa yang melibatkan sekolah dari negara Brunei dan Thailand (Narathiwat Scohool). Sebanyak 61 buah sekolah berasrama penuh termasuk Maktab Tentera Diraja telah terlibat dalam menjayakannya. Berikut adalah maklumat berkaitan NKI KE-32

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

PASUKAN RESEARCH AND DEVELOPMENT SEPINTAR TELAH BERJAYA MENDAPAT 2 GOLD AWARD DALAM PERTANDINGAN MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD (MIYIO) DAN INTERNATIONAL ENGINEERING AND INVENTION EXHIBITION (I ENVEX) 2013

LAPORAN PERTANDINGAN RESEARCH AND DEVELOPMENT MIYIO DAN I ENVEX 2013

PADA 17-19 APRIL 2013 BERTEMPAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) SEPINTAR TELAH MENGHANTAR 2 PASUKAN R N D KE PERINGKAT ANTARABANGSA. BAGI PERTANDINGAN MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD (MIYIO 2013) DIWAKILI OLEH MUHAMMAD AMMAR IRFAN BIN HASMYNOR, MUHAMMAD IKHWAN AKMAL BIN MOHD YUSOFF DAN AMRIL WAFIY BIN SHOEID. TAJUK PROJEK KAJIAN INI IALAH FROM WASTE TO WEALTH: “INORGANIC NEUTRALIZER AND HEAVY METAL ADSORBENT (FROM COCKLES SHELL)“ IAITU PENGGUNAAN SERBUK KULIT KERANG SEBAGAI PENEUTRAL AIR SISA INDUSTRI YG BERASID SERTA PENJERAP LOGAM BERAT (ION KUPRUM) DARI AIR SISA TERSEBUT. PASUKAN INI BERJAYA MENDAPAT GOLD AWARD DAN SATU SPECIAL AWARD DARI WORLD INVENTION INTELLECTUAL PROPERTY ASSOCIATIONS (WIIPA), TAIWAN.

BAGI PERTANDINGAN INTERNATIONAL ENGINEERING INVENTION AND INNOVATION EXHIBITION ( I-ENVEX 2013) PULA DIWAKILI OLEH MUHAMMAD AMMAR SYUKRI BIN MUHD ADZHAR , NOR DANIAL B NOR AZMY DAN MUHAMMAD NABIL IQBAL B. ZULKEFLI. TAJUK PROJEK KAJIAN INI IALAH FROM WASTE TO WEALTH: “SUPER AG LIME BLEND ( FROM COCKLES SHELL) “- TO IMPROVE ACIDIC SOIL IAITU PENGGUNAAN SERBUK KULIT KERANG SEBAGAI PENEUTRAL TANAH BERASID DI SEKOLAH KITA. PASUKAN INI JUGA BERJAYA MENDAPAT GOLD AWARD.

KEDUA-DUA PASUKAN INI DIBIMBING OLEH PUAN MARLINA BINTI MAT NAPES SEBAGAI PENYELIA PROJEK DAN DIBANTU SERTA DIPANTAU OLEH PUAN SHAJARATURRDUR HUSSIN, PUAN KAIRULAFDZAR AHMAD SHAH DAN PUAN SAKINAH BINTI YUSOFF. KEDUA-DUA PROJEK INI MENGADAKAN PROGRAM JALINAN BERSAMA FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA UPM DI BAWAH BANTUAN DR MOHD RAZIF.

PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA KEDUA-DUA PASUKAN INI.

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

Pelajar SEPINTAR Johan Pertandingan Syarahan dan MTQ Daerah Gombak 2013

Pada 6 April 2013, Nurul Syahirah binti Airusshnam dari kelas 4JA telah muncul sebagai Johan Pertandingan Hafazan dalam pertandingan yang telah diadakan. Nor Farhanah bt Mazlan dari kelas 4JA juga telah muncul Johan Pertandingan Pertandingan Hafazan dalam pertandingan yang disertai. Syabas dan selamat maju jaya kepada guru dna peserta yang terlibat.

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment