ISKANDAR – TOYOTA ECO-YOUTH

MERSING– Pada 11-13 Februari 2014, seramai 8 orang pelajar bersama tiga orang guru telah terlibat dengan Bengkel `TOYATA ECO-YOUTH PERINGKAT KEBANGSAAN 2014’ bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam. Program di bawah UMW Toyata telah diiktiraf oleh BKK, KPM dan JPN Johor. Bengkel dihadiri oleh 14 buah sekolah dari seluruh negara. Setiap sekolah mewakili negeri masing-masing.ISKANDAR telah terpilih mewakili negeri Johor.

Pasukan ISKANDAR mewakili negeri Johor

Pasukan ISKANDAR mewakili negeri Johor

Bengkel bermotifkan perbincangan tentang bagaimana menjalankan projek yang berkaitan dengan masalah alam sekitar dan setiap wakil bagi setiap negeri dikehendaki membuat kajian kes di kawasan lapangan masing-masing. Penilai dari pihak Toyota akan hadir ke sekolah untuk berbincang dan melihat tempat projek. Setiap projek perlu dibentangkan pada bulan Oktober 2014.Terima kasih kepada guru yang terlibat iaitu Pn Saadah Bt Abd. Majid, Cik Puteri Aini Bt Megat Yusop, dan En. Mohd Taufiq Bin Mohd Halid. Pelajar-pelajar yang terlibat terdiri dari pelajar tingkatan empat dan dua iaitu :- Mohamad Sallehudin Tumijan, Muhammad Taufiq Othman, Siti Nuraishah Masiran, Nursyafawati Mat Solleh, Wan Nur Aina Wan Zainal, Khairunnisa Darwis, Mohammad Luqman Hakim Hashim dan Muhammad Syukri Zainal

Barisan Pertandingan Toyota Eco-Youth seluruh Malaysia

Barisan Pasukan Toyota Eco-Youth seluruh Malaysia

ISKANDAR di mdia massa
ISKANDAR di media massa

 

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

Tawaran Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) Ambilan 2014

 

Boleh di dapati di laman web KPM atau Pautan Ini

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

2014 SEAMEO-Japan ESD Awards

Dimaklumkan

Poster_2014 SEAMEO-Japan ESD Award_2014-05-21

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri Ke-41 Tahun 2014

bahasTarikh : 28 Jun 2014 (Sabtu)

Masa : 8.00 am – 2.00 pm

Bahas Bahasa Inggeris : MCKK VS TKC

Bahas Bahasa Melayu : MCKK VS SMAP Kajang

Tempat : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Pakaian : Batik

VVIP : Yang Berhormat Dato’ Seri Hassan bin Malek, Menteri KPDNKK

Semua dijemput hadir

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

Pre Konsert Finale Wind Orchestra XVI 2014 dan Finale Wind Orchestra XVI 2014

Pre Konsert Finale Wind Orchestra XVI 2014

Tarikh : 20 Jun 2014 (Jumaat)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam

Kemasukkan : RM 5.00 (Sumbangan tiket)

Pertanyaan tiket  di talian : 603-83217425 / 013-3406953

Terbuka kepada 1500 orang sahaja

Tiket Finale Orchestra OK

Finale Wind Orchestra XVI 2014

Tarikh : 21 Jun 2014 (Sabtu)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam

Kemasukkan : Bertiket (Jemputan sahaja)

Pakaian : Rasmi / Kebangsaan

VVIP : KDYTM Raja Muda Perlis & DYTM Raja Puan Muda Perlis

Pasukan Finale Terlibat:

1. Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)

2. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR)

3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)

4. Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

5. SM Sains Machang (SMACH)

fwo

Posted in Lain-lain | Leave a comment

SAYEMBARA PENULISAN KREATIF (CERPEN BERUNSUR ISLAM) PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA MAULIDUR RASUL KPM 1436H

Penilisan kreatif

 

Posted in Lain-lain | Leave a comment

Lawatan Pengantarabangsaan Delegasi UNESCO dari Kathmandu Nepal ke MOZAC

Pada 16 April 2014 MOZAC telah berbesar hati menerima 9 org delegasi UNESCO dari Kathmandu Nepal, 6 pegawai Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO dan pegawai dari JPNM. Mereka telah diberikan taklimat berkenaan sistem pendidikan Sekolah Berasrama Penuh dan dipersembahkan beberapa persembahan pelajar Bahasa Antarabangsa iaitu Jepun, Mandarin, Perancis dan Arab. Para pelajar Kelab UNESCO dan  bahasa antarabangsa telah diberikan tanggungjawab melaksanakan program dengan bantuan guru Bahasa Antarabangsa dan AJK Pengantarabangsaan MOZAC .

 

 

 

Posted in Kelab & Persatuan, Pasukan Pakaian Seragam, Seni & Budaya | Leave a comment

Karnival Pendidikan Kerjaya dan Inovasi Negeri Melaka 2014

MOZAC merangkul Juara Keseluruhan Taekwando sempena Karnival Pendidikan Kerjaya dan Inovasi Negeri Melaka 2014.

 

 

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

Asian Young Inventors Exhibition and Malaysia Young Inventors Exhibition 2014

MOZAC menyertai 2 pertandingan di International Invention,Innovation & Technology Exhibition yg sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre dr 8 – 10 mei 2014.  Projek ini dibawah bimbingan  Guru Cemerlang Fizik Puan Suriyati Yusof bersama 3 orang pelajar iaitu Saudara Mohd Shouqie Norull Ahmad ( Tingkatan 4) Mohd Azrul Aziizi Yusuf Tingkatan 4) dan Mohd Yusri Zainuddin ( Tingkatan 4 ).

Pertandingan pertama yang juga pertandingan peringkat antarabangsa  ialah Asian Young Inventors Exhibition (antarabangsa) yang mendapat Silver Medal.

Pertandingan Kedua ialah Malaysian Young Inventors Exhibition (peringkat Kebangsaan).  Mempertaruhkan tajuk projek Roar & Run: An Alternative Way To Get Rid Of Monkeys. Pasukan MOZAC juga berjaya mendapat Silver Medal.

 

Tahniah MOZAC dan cuba lagi di tahun hadapan.

 

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment

i-SWEEP ( International Sustainable World Energy, Engineering and Environment Project

Tahniah kepada Pn. Norhayati Mohd Noor, Mohd Adi Fadzil dan Izzat Zuhairi dari Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka yang telah memenangi Silver Award dalam International Sustainable World (Energy, Engineering & Environment) Projek Olympiad yang diadakan di Houston Texas, USA dari 30 April – 7 May 2014.

 

Posted in Kelab & Persatuan | Leave a comment