Makluman kepada semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Pendaftaran secara on-line terhadap semua aktiviti yang dianjurkan oleh BPSBPSK hendaklah dilaksanakan SELEWAT-LEWATNYA SEMINGGU SEBELUM Program/Aktiviti/Kejohanan berlangsung.
KEGAGALAN mendaftarkan peserta atau pemain ke dalam Pendaftaran On-Line ini akan menyebabkan penyertaan DIBATALKAN atau DITOLAK.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum dipertanggungjawabkan atas kegagalan mendaftarkan secara On-Line. Tindakan “Surat Tunjuk Sebab” akan dikeluarkan sekiranya sekolah gagal melaksanakan pendaftaran ini dan telah memilih untuk menyertai program/aktiviti/kejohanan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK)
PENDAFTARAN BOLEH DILAKSANAKAN MELALUI PAUTAN INI
Sekian, terima kasih.