WIND ORCHESTRA SBP

Pertandingan Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Piala Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak merupakan salah satu program yang menjadi kebitaraan SBP semenjak sebelas tahun dahulu. Pada tahun 1997, YB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak selaku Menteri pelajaran telah berbesar hati menyumbang piala untuk pertandingan tersebut. Pada tahun 2006, Jawatankuasa Penganjur Persidangan Sedunia Pendidikan Seni Muzik (ISME) telah menyumbangkan Piala Pusingan Konduktor Terbaik.

Pertandingan Wind Orchestra SBP telah diadakan julung kalinya di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru pada 1 dan 2 Ogos 1997. Sebanyak 18 buah SBP telah menyertai pertandingan berkenaan. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Menteri pelajaran Malaysia ketika itu.

Pertandingan kali kedua pula pada tahun 2001, melibatkan enam buah SBP, telah diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sekolah Alam Shah dan Sekolah Seri Puteri telah diberi kepercayaan menganjurkan pertandingan tersebut.

Finale Festival Wind Orchestra ke-VIII telah mencatatkan sejarah buat julung kalinya kerana diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena International Seminar On Music Education (ISME) 2006 dengan tetamu kehormatnya adalah YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran ketika itu.

Pada tahun 2008 hingga 2009, SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan telah dipilih sebagai tuan rumah pertandingan awal Wind Orchestra ke-X/2008. Sebanyak 20 buah pasukan Wind Orchestra telah bertanding peringkat awal. Manakala pada tahun 2009, jumlah penyertaan telah bertambah menjadi 26 buah pasukan disebabkan penyertyaan daripada enam buah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK). Sebanyak lima pasukan telah layak ke Finale Festival Wind Orchestra ABP ke-X/2008. Pertandingan diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri dan isteri. Pada tahun 2009 pula, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada peserta.

Pada tahun 2010, sebanyak 24 pasukan Wind Orchestra telah menyertai pusingan awal yang diadakan di Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban. Sebanyak sembilan pasukan Wind Orchestra telah layak ke FInale Wind Orchestra SBP ke-XII yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Tahun 2011, Sekolah Sultan Alam Shah telah terpilih sebagai pengelola utama pertandingan awal Wind Orchestra bersama Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Pertandingan awal melibatkan 25 buah sekolah. Sebanyak 8 pasukanWind Orchestra telah layak ke Finale Wind Orchestra ke XIII/2011 yang diadakan di PICC

Tahun 2012, pertandingan peringkat awal Wind Orchestra SBP telah diadakan di Sekolah Sultan Alam Shah bersama Sekolah Seri Puteri. Ia melibatkan 24 pasukan dan berlangsung di Dewan Konvokesyen UNITEN, Bangi pada 14 April 2012 dan hasil dari pertandingan peringkat awal sebanyak 8 pasukan Wind O telah layak ke Finale keXIV/2012 yang berlangsung di PICC. Pasukan ke Finale adalah:

Sekolah Dato’ Abdul Razak, Sekolah Seri Puteri, Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Sekolah Menengah Sains Kuching,Sekolah Sultan Alam Shah, Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Sains Machang

Pada tahun 2013, pertandingan peringkat awal Wind Orchestra telah diadakan di SM Sultan Abdul Halim pada 1-5 Mac 2013. Ianya dianjurkan secara bersama dengan Universiti Utara Malaysia, SM Sains Kubang pasu dan Alumni SMSAH. Pertandingan peringkat awal tersebut melibatkan sebanyak        pasukan. Hasil dari pertandingan tersebut sebanyak………….pasukan telah layak ke Finale ke XV/2013 yang diadakan di PICC. Sekolah yang layak ke Finale adalah :

Pertandingan Awal Wind Orchestra kali ke 16 tahun 2014 akan diadakan pada 12hb – 16hb Mac 2014 . Pada kali ini Kolej Tunku Khursiah, Bandar Enstek Negeri Sembilan telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab menjadi pengelola acara yang berprestij ini. Keputusan pertandingan peringkat awal adalah seperti berikut :

Divisyen 2 – Anugerah Gangsa

1.  SMJK Ave  Maria Convent

2. SMS Muzaffar Syah

3. SMS Kota Tinggi

4. SMS Tuanku Jaafar

5. SMS Tuanku Syed Putra

6. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan

7. Sekolah Tun Fatimah

8. SM Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan

9. SMK Penang Free

Anugerah Peningkatan Kualiti

1. SM Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

Johan Divisyen 2

1.  SM Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan

Divisyen 1

A. Anugerah Gangsa

1. SMK(P) St. George

2. SMS Tun Syed Shahabudin

3. SMS Kuching

4. The Malay College Kuala Kangsar

B. Anugerah Perak

1. SMS Dungun

2. SMS Sultan Mahmud

3. SMS Sultan Abdul Halim

4. SMS Raja Tun Azlan Shah

5. SMS Selangor

C. Anugerah Emas

1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman

2. Sekolah Dato’ Abdul Razak

3. Sekolah Menengah Sains Machang

4. Sekolah Seri Puteri

5. Kolej Tunku Kurshiah

6. Sekolah Sultan Alam Shah

D. Anugerah Peningkatan Kualiti Tahun 2014

1. Sekolah Menengah Sains Machang

Finale Wind Orchestra Ke 16 /2014

1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman

2. Sekolah Dato’ Abdul Razak

3. Sekolah Menengah Sains Machang

4. Kolej Tunku Kurshiah

5. Sekolah Sultan Alam Shah

Pada tahun 2015, Pertandingan peringkat awal di adakan dengan kerjasama ASWARA, Kuala Lumpur. Manakala Finale diadakan di DECTAR, UKM. Lima pasukan yang layak ke Finale adalah Sekolah Dato’ Abdul Razak, The Malay College Kuala Kangsar, Sekolah Seri Puteri dan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah.

7 3 4 5 6TKC PAMERAN AMAL MENARA MAYBANK 10417668_902091619805517_6770891103659937236_n amputeri1_daphne band2013 darlingharbour2 OrkedRekod DSC_1971 hqdefault IMG_6404 (Medium) IMG_6422 (Medium) IMGP6258 maxresdefault n_12orchestra pe_05.1 recordmalaysiabook smachwindorchestra2009 koko sp winds 1 ssp sibf sultan mahmud(4)

Comments are closed.